seismik

Budak 17 Tahun Menang Cabutan Bertuah Kereta BMW, Tapi Tolak Hadiah Utama & Pilih Lain

BMW tu dik!

Cover image via @k.store21 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai di sini yang mempunyai pengalaman memenangi cabutan bertuah bukan?

Tambahan lagi, jika hadiah yang dimenangi itu berjenama dan lumayan. Memang bertuah sungguh orang cakap.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang budak berumur 17 tahun yang memenangi cabutan bertuah kereta telah mendapat perhatian.

Jawab 'tak tahu' lepas menang hadiah kereta

Menerusi video berkenaan, kelihatan semasa itu sebuah jenama pakaian Choii telah membuat cabutan bertuah untuk semua pembelinya.

Hadiah yang ditawarkan pada masa itu adalah sebuah kereta BMW F30. Apa yang tidak menyangkakan adalah pemenang bagi kereta tersebut adalah merupakan seorang budak lelaki berumur 17 tahun.

Sebelum itu, dia kelihatan agak sedikit bingung ketika berada di pentas dan apabila ditanya apakah yang bakal dilakukan jika menang kereta tersebut, dia menjawab tidak tahu. 

Malah, mereka siap menelefon ahli keluarga budak berkenaan untuk memberitahu kemenangannya. Selepas beberapa minit, dia diberi pilihan sama ada mahu kereta atau duit dan dia memilih duit. Situasi itu ternyata telah menghebohkan lagi suasana.

"Kenapa tak pilih kereta dik, boleh jual mahal oo harga BMW F30" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 71.5K likes dan 1,116 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Rezeki betul dik awak menang tu! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: