Adik Ini Siap Baca Qunut Nazilah Masa Kena Sunat - "Macam Mana Doktor Boleh Tahan Gelak"
Dia nak tenangkan diri tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai umat Islam, bersunat atau adalah perkara yang wajib perlu dilakukan
Khatan atau bersunat merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan.
Bagi perempuan, mereka akan bersunat ketika masih bayi lagi. Namun, bagi kaum lelaki mereka biasanya menjalankan prosedur ini ketika dalam lingkungan usia 5 hingga 12 tahun. Menangis itu sudah menjadi perkara biasa ketika bersunat.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang budak membaca Qunut Nazilah semasa sedang bersunat telah mencuri tumpuan.
Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu doktor sedang melakukan prosedur berkhatan pada seorang budak lelaki.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia langsung tidak menjerit atau menangis. Malah, siap membaca Qunut Nazilah untuk menenangkan diri.
"Sekarang selalu dengar budak-budak kecil nyanyikan Qunut Nazilah. Alhamdulillah" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut terhibur dan ada yang memberi reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 79.1K likes dan 2,300 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!