seismik

Imam, Bilal & Jemaah Di Masjid Disarankan Terlebih Dahulu Ambil Dos Penggalak Covid-19

Saranan itu dicadangkan bagi menyekat penularan wabak berkenaan yang semakin meningkat.

Cover image via 1Media & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat, imam, bilal dan jemaah disaran untuk mengambil suntikan dos penggalak ketiga

Ia selepas wabak tersebut dikesan semakin meningkat di dalam negara kita sehingga membahayakan yang lain.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Johor, Mohd Fared Khalid berkata, ketetapan mendapatkan dos tambahan adalah saranan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan negeri mengalu-alukan nasihat itu.

Malah, tindakan untuk menyekat penularan wabak ini tidak hanya kepada kumpulan tertentu sahaja namun perlu dilakukan oleh semua pihak.

"Sebabnya kalau hanya imam dan bilal yang ambil suntikan ini tetapi jemaah tidak, itu yang merisaukan kita," katanya.

Image via Sinar Harian

Pada Isnin yang lalu, KKM menyatakan pihaknya memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengambil dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 secara ‘walk-in’.

Angka baharu jangkitan Covid-19 adalah sebanyak 20,696 kes bagi tempoh minggu epidemiologi (ME50) iaitu 10 hingga 16 Disember.

Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 62.2 peratus berbanding ME50 sebelumnya.

Daripada jumlah kes baharu dilaporkan, sebanyak 20,077 kes atau 97 peratus berada pada kategori satu dan dua.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: