“Kopi Tertumpah” - Lelaki Terus Beli Kasut Dior Baru Harga RM5,100 Ini Curi Perhatian
Fuh, cash dia bayar.
Pasti rata-rata di sini yang sanggup menyimpan duit untuk membeli barangan berjenama bukan?
Bukan apa, iyalah sekali sekala nak juga belanja diri sendiri dengan barangan yang mahal kan? Tak kisahlah baju, kasut atau gajet. Tambahan lagi, yang berjenama, memang mahal dari yang baisa.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang lelaki berkongsi terpaksa membeli kasut berjenama mahal selepas tertumpah air di atas kasutnya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Terus beli kasut baru sebab kopi tertumpah
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki menunjukkan dia tertumpah air di atas kasutnya. Difahamkan, ketika itu dia tergesa untuk pergi ke meeting.
Namun, disebabkan air terumpah di atas kasutnya, dia terpaksa membeli kasut baru agar nampak lebih kemas.
Malah, dia juga dilihat membeli kasut keluaran terbaru yang berharga RM5,100 dengan bayaran secara tunai.
Image via @faisaljofry (TikTok)
Image via @faisaljofry (TikTok)
"Haritu Dior tumpah atas coffee saya, saya beli deodorant" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut membeikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 108.4K likes dan 2,802 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @faisaljofry (TikTok)
Image via @faisaljofry (TikTok)
Image via @faisaljofry (TikTok)
Image via @faisaljofry (TikTok)
Macam tu je ya dia tukar kasut baru :)
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment