seismik

[VIDEO] Suruh Member Belikan Selipar Online Saiz 9, Tapi Terkejut Bila Sampai Saiz 90

Besar betul!

Cover image via @kedaithopie (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Membeli barangan secara online kini lebih mudah dan menjimatkan masa

Tambahan lagi, harganya ada yang jauh lebih murah berbanding beli di kedai luar. Jadi, sebab itu ramai yang mengambil peluang untuk membeli secara online saja.

Namun, kadangkala membeli barangan secara online ini boleh mendatangkan perkara buruk kerana ia tidaklah sama seperti di dalam gambar, bak kata pepaatah 'indah khabar dari rupa'.

Seperti video ini apabila seorang lelaki pasrah apabila meminta rakannya untuk membelikan seliparnya secara online telah mengundang tawa ramai.

Lihat video itu di bawah:

@kedaithopie

Kalau mcm ni eh lama2.. jadi gila kita dibuatnya

original sound - user9509163783347 - Kedai Thopie

Terkejut bila sampai selipar saiz 'gajah'

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi selipar yang baru dibelinya di sebuah kedai online.

Difahamkan, dia meminta agar rakannya membelikan untuknya. Dia memberitahu untuk mengambil saiz 9, tetapi dia terkejut apabila sampai ia adalah saiz 90 di mana ia jauh lebih besar dari yang disangka.

Situasi itu membuatkan dia pening kepala dan tergelak melihatnya sambil memikirkan apakah yang akan dilakukannya.

"Ini kalau hilang juga kat masjid tak tahu lah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat saiz selipar tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.6M views, 140.9K likes dan 4,609 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Besar betul bang, apalah dia nak buat dengan selipar tu lepas ni :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: