x

seismik

[VIDEO] "Berat Mata Memandang" - Aksi Wanita Bawa Motor Lalu Bonggol Ini Raih Tumpuan

Mungkin dia press minyak kuat sangat.

Cover image via @khaiimkl (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai di sini yang masih teringat akan kenangan atau momen semasa ujian memandu bukan?

Banyak perkara kelakar dan juga 'memalukan' berlaku demi mendapatkan lesen idaman kita. Tentulah kena lepas beberapa ujian dulu sebelum dapat lesen ini. Tambahan pula, bagi lesen motor kerana kita perlu lebih berhati-hati.Sekali jatuh memang malu dibuatnya.

Sama seperti video di TikTok ini memaparkan seorang wanita tertekan minyak dengan laju semasa melalui jalan berbonggol telah menarik tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

'Terbang-terbang' masa lalu jalan bonggol

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berlatih menunggang motosikal di salah sebuah pusat latihan.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah ketika melalui jalan berbonggol, dia dilihat dengan laju membawanya membuatkan dia seolah-olah seperti 'terbang'. Mujur saja dia tidak jatuh dan sempat menahan dengan kakinya.

"Tips dia press minyak handle pegang kuat-kuat confirm pergi straight je" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur melihat gelagat wanita itu dan ada juga yang memberikan tips.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 495.2K views, 6,876 likes dan 231 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Nasib baik boleh handle kalau tak habislah :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: