"Kreatif" - Hanya Guna Pengunci Pintu, Starter Motosikal Lelaki Ini Curi Tumpuan Ramai
Betul-betul berfikir di luar kotak ni.
Kemajuan bidang automotif kenderaan dalam kalangan anak muda semakin mendapat perhatian
Iyalah, sudah ramai kita lihat generasi muda kini modified kenderaan sendiri demi kepentingan peribadi.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan sebuah motosikal yang menggunakan pengunci pintu sebagai starter telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cuma kunci sahaja, motosikal terus hidup
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @r_ulukyanan21 di TikTok, dilihat sebuah motosikal yang menggunakan pengunci pintu sebagai starter.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah cara menghidupkan motosikal itu dengan hanya menguncikan kunci itu seperti mengunci pintu.
Image via @r_ulukyanan21 (TikTok)
Image via @r_ulukyanan21 (TikTok)
"Okay bang, saya tinggal cari je mana abang parking moto ni" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 8.9M tontonan, 608.2K tanda suka dan 19.4K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen terhibur dengan bentuk kunci motosikal itu.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @r_ulukyanan21 (TikTok)
Image via @r_ulukyanan21 (TikTok)
Image via @r_ulukyanan21 (TikTok)
Kreatif tu dah bagus, cuma senang betul motosikal tu kena curi nanti :P
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment