seismik

[VIDEO] Pemilik Terkejut Rumahnya Sahaja Lebat Dihujani Air, Ramai Terhibur Rupa-Rupanya

Harap tuan rumah sempat angkat jemuran.

Cover image via @piepakcuman (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kekerapan hujan yang berlaku ketika musim tengkujuh sering terjadi dan sukar diramal

Musim banjir juga turut menyebabkan banyak kerosakan harta benda awam dan memberi kerugian besar buat masyarakat.

Lain pula yang terjadi pada video ini berkenaan situasi cemas seorang pemilik rumah selepas rumahnya tiba-tiba sahaja ditimpa 'hujan lebat' telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Berlaku kemalangan dan menyebabkan pili bomba belakang rumahnya tercabut

Menerusi video yang telah dibuat naik oleh @piepakcuman di TikTok, kelihatan sebuah rumah di tepi jalan telah ditimpa 'hujan lebat' secara mengejut.

Apa yang menarik perhatian adalah perkara tersebut terjadi kerana berlakunya kemalangan kereta yang melanggar sebuah pili bomba berdekatan rumah berkenaan.

Pili bomba tersebut tercabut lalu memancutkan air yang deras ke arah rumah di situ.

"Mesti uncle tu duduk dalam rumah berselimut sejuk" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 666.8K tontonan, 37.3K tanda suka dan  1.6K perkongsian, rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi yang ditimpa oleh pemilik rumah itu.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, min pun tahu sama ada nak kesian ke nak gelak :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: