Banyak Tompokan Darah Atas Cadar, Pekerja Hotel Kongsi Video Ini Buat Ramai Rasa Geli
Eeuw, kenapa tu?
Pasti ramai di antara pekerja-pekerja hotel yang pernah berkongsi pengalaman aneh semasa waktu bekerja bukan?
Iyalah, bermula daripada kisah misteri kepada kerenah pelanggan. Macam-macam hal pula yang terjadi.
Sama seperti video ini berkenaan seorang pekerja hotel merakam keadaan cadar yang dipenuhi tompokan darah telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Banyak kesan tompokan darah di serata permukaan cadar tilam
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @titykechiki di TikTok, seorang pekerja hotel dilihat merakam keadaan cadar hotel yang menggelikan di sebuah hotel.
Apa yang lebih merisaukan adalah apabila banyak tompokan dan percikan darah memenuhi permukaan cadar hotel yang berwarna putih itu.
"Kalau period pun, cubalah bawa alas lapik cadar" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 725.4K tontonan, 8.3K tanda suka dan 704 komen di TikTok, rata-rata netizen turut berasa geli dengan keadaan cadar tersebut.
Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!