seismik

[VIDEO] Terjumpa Kelibat Cik Ponti Di Depan Rumah, Lelaki Ini Tetap Santai Pergi Kerja

Kalau kita tak kacau dia, dia takkan kacau kita.

Cover image via @meerul.h (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kewujudan makhluk halus dan mistik sering menjadi bualan sejak zaman nenek moyang kita lagi

Iyalah, kebanyakan filem dan drama bersiri sering mengetengahkan kewujudan makhluk halus kepada penonton masa kini.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini berkenaan seorang lelaki yang melihat kelibat putih di hadapan rumahnya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@meerul.h Rezki nak pergi kerjaa , Die nak tunjuk #fypdongggggggg #pontianak original sound - meerul.h

Terserempak dengan Cik Ponti masa nak pergi kerja awal pagi

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @meerul.h di TikTok, lelaki itu ternampak kelibat berwarna putih dan berambut panjang di hadapan rumahnya.

Pada awalnya, lelaki itu sekadar ingin menghidupkan motosikalnya untuk ke tempat kerja pada pukul 3 pagi.

Namun, suasana berubah selepas dia melihat kelibat yang menyeramkan itu berdiri tercegat di seberang jalan.


"Paranormal punya lah payah cari, abang depan rumah jumpa dah" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 1M tontonan, 76.1K tanda suka dan 2.9K komen di TikTok, rata-rata netizen turut berkongsi rasa seram melihat kelibat tersebut.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau min ni, sanggup patah balik sebab tak berani :')

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: