seismik

Burger Harga Yahudi & Dapat Pula Seat Simen, Penyokong Harimau Malaya Ini Luah Rasa Kesal

Alamak, sabar jelah ye.

Cover image via GOAL & @fadleyjabal37 (Tiktok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kehadiran penyokong semasa perlawanan mampu memberi motivasi kepada para wira negara di atas padang

Hasil sorakan dan sokongan para penyokong ketika perlawanan mampu menggugat fokus pihak lawan dalam mengatur strategi.

Lain pula yang terjadi pada video ini berkenaan seorang penyokong yang berkongsi rasa ketidakpuasan hati ketika berada di stadium telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Burger yang dijual tidak diletakkan sos dan mahal

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @fadleyjabal37 di TikTok, gelagat seorang penyokong Harimau Malaya yang berkongsi rasa kesal ketika berada di dalam Stadium Nasional Buit Jalil (SNBJ).

Semasa menonton perlawanan, individu tersebut tidak mendapat tempat duduk seperti mana yang dipaparkan pada tiket perlawanan serta harga burger yang dijual sangat tidak berpatutan.

Ketika itu, sedang berlangsungnya perlawanan di antara Malaysia menentang Singapura dalam kejuaraan AFF Mitsubishi Electric Cup 2022.

"Nasib baik Malaysia menang, kalau kalah. Panas wey" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 151.5K tontonan, 5.1K tanda suka dan 208 komen di TikTok, rata-rata netizen turut berkongsi rasa geram. Malah, ada juga yang merasakan itu perkara biasa di stadium.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Takpelah bang, benda ni bertahun-tahun dah berlaku. Enjoy jelah ya :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: