seismik

"Terima Kasih Untuk Semua Itu" - Lelaki Kongsi Luahan Maknya Ini Buat Ramai Terharu

Siapa pula yang potong bawang ni?

Cover image via @Anepppppppppp (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kasih dan pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anak sememangnya tiada tolok bandingnya

Dalam Islam, anak-anak diajar untuk sentiasa menghormati dan berbuat baik terhadap ibu bapa.

Sama seperti ciapan yang tular baru-baru ni di Twitter berkenaan seorang lelaki yang berkongsi chat WhatsApp daripada maknya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat ciapan penuh di bawah:

Mak berterima kasih atas jasa kerana telah membuatnya gembira

Menerusi ciapan yang telah dimuat naik oleh @Anepppppppppp di Twitter, lelaki itu dilihat sebak selepas membaca teks ringkas daripada maknya melalui aplikasi WhatsApp.

Melalui teks itu, maknya berterima kasih kepadanya kerana rajin membawanya berjalan-jalan serta menunaikan hajat yang diinginkan.

Dalam pada itu, lelaki itu juga berkongsi foto serta kenangan bersama maknya pada untaian tersebut.

Hadiah telekung Khadijah sempena sambutan hari lahir.

Image via @Anepppppppppp (Twitter)

Mak mengidam buah durian, tak jadi buat suprise.

Image via @Anepppppppppp (Twitter)

"Nice bro, keep making your mom happy!" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan kini telah meraih 39K tontonan, 283 retweet dan 1.1K tanda suka, rata-rata netizen turut terharu selepas membaca perkongsian itu.

Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di Twitter:

Bestnya! Seronok sebenarnya kalau kita spend time dan buat mak kita happy :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: