KTMB Tawar Perkhidmatan ‘Tren Khas’ Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina
Tawaran ini akan beroperasi pada 27 dan 28 Januari ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan sebuah servis khas bersempena perayaan Tahun Baru Cina
Manerusi laporan Berita Harian, KTMB menawarkan servis Tren Khas Excursion di mana ia menghubungkan Stesen KL Sentral dan Stesen Butterworth yang akan beroperasi pada 27 dan 28 Januari ini.
KTMB berkata sebanyak 792 tiket khas pergi dan balik ditawarkan untuk servis tren khas ini.
"Tiket dijual hari ini jam 10 pagi, manakala tambang sehala bagi perjalanan ini adalah serendah RM60 bagi kelas Superior dan RM90 kelas Premier.
"Penumpang bakal menikmati pengalaman unik melalui kemudahan koc buffet dan koc chillax yang disediakan bagi memastikan perjalanan lebih santai dan menyeronokkan," kata organisasi itu.
Image via Urbanist Wanderer
Perkhidmatan khas ini diperkenalkan bagi memudahkan perjalanan penumpang ke arah utara dengan menaiki tren
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Rani Hisham berkata kesesakan lalu lintas pasti berlaku pada musim perayaan dan cuti panjang.
"Dengan adanya perkhidmatan tren khas ini, kami berharap dapat membantu mengurangkan kesesakan jalan raya serta memberikan perjalanan yang lebih selesa, terutama untuk warga emas dan kanak-kanak," katanya.
Tren khas ini akan memulakan perjalanan dari Stesen KL Sentral dan akan berhenti di tujuh stesen iaitu Tanjung Malim, Kampar, Batu Gajah, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping dan Bukit Mertajam, sebelum tiba di Stesen Butterworth.
Pengguna boleh mendapatkan tiket secara tanpa tunai melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS), mesin kios, kaunter tiket dan laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment