KTMB Tawar Perkhidmatan Tren Komuter 24 Jam Tanpa Henti Sempena Thaipusam Mulai 4 Februari
Seramai 182,000 orang dijangka akan menggunakan perkhidmatan komuter sempena Thaipusam yang bakal tiba.
Perayaan Thaipusam tahun ini bakal diraikan pada 5 Februari akan datang
Image via Man vs Clock
Seperti biasa, setiap kali tibanya cuti yang panjang atau cuti umum, ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung atau melancong.
Oleh itu, perkhidmatan pengangkutan awam seperti keretapi, tren komuter, LRT, bas dan banyak lagi menjadi servis penting untuk memudahkan perjalanan kerana tidak mahu orang ramai bersesak di jalan raya.
Baru-baru ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menyediakan perkhidmatan tren komuter selama 24 jam sempena sambutan Thaipusam untuk tiga hari dua malam bermula dari 4 Februari
Image via KTM Berhad (Facebook)
Menurut sumber, Ketua Kawalan Operasi KTMB, Azfar Zakariya memaklumkan operasi berkenaan melibatkan laluan Batu Caves – Sungai Gadut – Batu Caves dan Pelabuhan Klang – Batu Caves – Pelabuhan Klang dengan kekerapan perkhidmatan setiap satu jam.
“Perkhidmatan KTM Komuter tambahan ini akan bermula seawal 10 malam pada 4 Feb dari stesen Sungai Gadut ke stesen Batu Caves manakalan tren tambahan pertama dari Pelabuhan Klang ke Batu Caves akan bermula seawal jam 11.43 malam pada hari yang sama"
“Sebanyak 24 stesen akan beroperasi selama 24 jam sepanjang tempoh tersebut antaranya Seremban, Nilai, Kajang dan Klang. Bagaimanapun, tiada perkhidmatan tren tambahan dari laluan stesen Tanjung Malim – Batu Caves – Tanjung Malim,” katanya.
Bagi mendapatkan sebarang informasi berhubung jadual tren, anda boleh melawati di media sosial KTMB, laman sesawang atau melalui aplikasi MyRailtime KTMB.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment