Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Kubur Belakang Rumah" - Diusik Rakan, Lelaki Gelabah Siap Campak Pinggan Sebab Ketakutan

Siapa je tak takut?

Cover image via @khairulikhsan961 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam kalangan kawan kita, sudah tentu ada seorang dua yang penakut dan kuat melatah bukan?

Jangan-jangan kita sendiri pun macam itu. Kawan yang penakut dan kuat melatah ini kadangkala boleh menghiburkan dalam pelbagai keadaan dan situasi.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan aksi seorang lelaki ketakutan dan gelabah kerana diusik kawannya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Jadi extra penakut bila rumah betul-betul belakang kubur

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang membasuh pinggan mangkuk di dapur rumahnya. 

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila rakan serumah cuba mengusiknya dengan mengetuk dinding sehingga berbunyi. Dia yang asyik membasuh pinggan itu terus terkejut lalu melatah dan berlari ke arah ruang tamu. 

Sedang asyik dia berlari, dia sempat mencampakkan pinggan yang dibasuh ke arah pintu belakang rumahnya gara-gara ketakutan. 

Image via @khairulikhsan961 (TikTok)

"Dia punya pasai pa pasai pa tu tak relax, member dah takut gila dah ni" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 886K tontonan, 76K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat lelaki itu yang cuak. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @khairulikhsan961 (TikTok)

Image via @khairulikhsan961 (TikTok)

Image via @khairulikhsan961 (TikTok)

Image via @khairulikhsan961 (TikTok)

Nasib bukan pinggan mak yang dicampaknya, kalau tak memang tidur kuburlah jawabnya :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment