Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kumpulan Rentas Parti Parlimen Kini Ditubuhkan, Kukuh Keharmonian Kaum & Agama Di Malaysia

Usaha itu bertujuan bagi memastikan keharmonian kaum dan agama di Malaysia terus terpelihara serta diperkukuhkan, selaras dengan lunas Perlembagaan Persekutuan.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Keharmonian Kaum dan Agama (KRPPM-KKA) yang berfungsi sebagai platform mengenal pasti dan mencari solusi serta kesedaran isu berkaitan keharmonian kaum dan agama di Malaysia, kini telah diluluskan penubuhannya pada 28 Januari lepas oleh Dewan Rakyat

Menerusi laporan Bernama, Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, kelulusan itu diperoleh melalui surat rasmi yang dihantar Dewan Rakyat kepada beliau selaku Pengerusi KRPPM-KKA.

Beliau berkata, berdasarkan perkembangan isu semasa, KRPPM-KKA melihat keperluan mendesak untuk menghimpunkan semua pihak berkepentingan bagi membincangkan hala tuju keharmonian kaum dan agama di Malaysia.

"KRPPM-KKA juga menegaskan komitmennya untuk menggerakkan kesedaran, advokasi, serta mengemukakan cadangan-cadangan perundangan kepada pembuat dasar.

"Usaha ini bertujuan memastikan keharmonian kaum dan agama di Malaysia terus terpelihara dan diperkukuhkan, selaras dengan lunas Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen pada Khamis.

Syahredzan (tiga dari kiri) ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat.

Image via Architects of Diversity Malaysia

Kumpulan itu dianggotai lapan wakil rakyat termasuk wakil parti kerajaan dan pembangkang yang melambangkan niat dan pendekatan bipartisan

Jawatan Timbalan Pengerusi I disandang Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa; Timbalan Pengerusi II; Dr Hajah Halimah Ali (PN-Kapar); Setiausaha, R Yuneswaran (PH-Segamat) manakala Bendahari pula Riduan Rubin (Bebas-Tenom).

Empat ahli kumpulan itu ialah Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar), Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) dan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya).

Image via Architects of Diversity Malaysia

Syahredzan berkata, antara fokus yang bakal dilihat oleh kumpulan itu ialah mempelopori cadangan-cadangan perundangan, dasar dan inisiatif berkaitan dalam menyokong usaha keharmonian kaum dan agama di peringkat nasional.

Fokus lain ialah menjadi platform utama dalam mempromosikan sesi-sesi dialog dan perbincangan mengenai isu keharmonian kaum dan agama untuk semua pemegang taruh.

"Selain itu membangunkan inisiatif advokasi dan pendidikan yang menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum dan agama dan memberi maklum balas dan cadangan kepada kementerian-kementerian berkaitan bagi melestarikan hubungan antara kumpulan kaum dan agama di Malaysia," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment