Lagi Sebulan Nak Nikah, Remuk Hati Gadis Ini Bila Nampak Tunang Dating Dengan Awek Lain
Sakitnya hati.
Tidak dinafikan, dugaan bertunang sememangnya sangat dahsyat dan ia boleh menggoyahkan masjid yang bakal dibina bersama pasangan
Orang kata, fasa pertunangan merupakan tempoh yang paling banyak dugaan kerana sewaktu itulah kita dan pasangan diuji dengan pelbagai cabaran seperti kehadiran orang ketiga, masalah kewangan, tidak sependapat dan sebagainya.
Hanya mereka yang setia, kuat dan mampu melawan ego saja dapat meneruskan hubungan hingga ke jenjang pelamin.
Seperti apa yang dihadapi oleh gadis ini apabila dia mendapat tahu tunangnya curang sedangkan pernikahan mereka yang hanya berbaki sebulan saja lagi telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh di bawah:
Tipu kata dekat rumah, sedangkan dah kantoi tengan dating dengan awek lain
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mellymochii, kelihatan gadis itu sedang memerhatikan tunangan dari dalam kereta sambil menghubungi lelaki tersebut untuk melihat sama ada dia bersikap jujur atau tidak.
Apa yang menghancurkan hatinya adalah apabila dia bertanya tunangnya itu berada di mana, lelaki itu sanggup menipu dan berkata dia berada di rumah.
Oleh kerana sudah tidak tahan dengan perangai tunangnya yang sudah banyak kali curang, gadis itu nekad keluar dari kereta dan menyerang lelaki dan wanita itu.
"Dia buat macam tak ada apa-apa ya, Ya Allah sakitnya hati. Padahal depan mata aku dia dengan betina lain. Masa ni aku memang dah tak tahan sangat sebab dia memang tak nak jujur. Aku ni tahan je nangis, tak nak nampak aku ni lemah," katanya.
Image via @mellymochii (TikTok)
Image via @mellymochii (TikTok)
"Cantik gini pun kena curang argh you deserve better!" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini telah mencecah sehingga 5M views, 348.8K likes dan 53K shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan reaksi masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @mellymochii (TikTok)
Image via @mellymochii (TikTok)
Image via @mellymochii (TikTok)
Image via @mellymochii (TikTok)
Harap sis jumpa lelaki yang lagi better dan pandai hargai sis lepas ini. Be strong!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment