Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Last Minute Ajak Nikah & Kahwin, Netizen Kagum Dengan 'Plan Gila' Pasangan Ini

"Know-know dah kahwin" - Netizen.

Cover image via @amrhoth (Twitter)

Sejak pandemik Covid-19 semakin merebak, ramai yang sangat terkesan kerana terpaksa tangguhkan urusan terutamanya bagi mereka yang merancang majlis perkahwinan

Siapa saja yang tidak stres dan kecewa apabila tarikh yang selama ini diidamkan untuk menjadi detik bahagia sebagai suami isteri terpaksa ditangguh beberapa kali akibat prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sekali gus menyekat segala perancangan yang telah dilakukan.

Namun, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah di kemudian hari. Ramai pasangan pengantin baru atau kini kita gelar sebagai 'pengantin PKP' telah selamat mendirikan rumah tangga dengan cara yang sederhana.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Khabar Pahang

Dalam masa yang sama, ia dapat menjimatkan kos yang tinggi berbanding jika mereka membuat majlis akad nikad secara besar-besaran.

Tidak terkecuali dengan pasangan ini yang tular di Twitter semalam apabila si isteri telah memuat naik conversation di WhatsApp bersama suaminya beberapa jam sebelum mereka bernikah.

Lihat ciapan penuh tersebut di bawah:

Buat keputusan paling gila, suami ajak kahwin last minute

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh gadis yang dikenali sebagai @amrhoth, dia berkongsi tentang bagaimana persiapan nikahnya yang hanya mengambil masa cuma 4 jam saja selepas suaminya menghantar mesej untuk mengajak kahwin pada pagi hari yang sama.

"What was actually a saja nak kacau kinda question turns out to be a reality. I asked him the question when i tgh get ready to go to work at 10, had to take EL and im still in disbelief we did this last minute decision but one thing for sure, Allah is indeed the best planner," katanya.

Menurut gadis itu juga, dia bersyukur kerana walaupun berada dalam keadaan yang kelam kabut untuk membuat persiapan last minute itu namun, urusan nikahnya dipermudahkan dan dia selamat diijabkabulkan bersama suami tersayang.

Image via @amrhoth (Twitter)

Tarikh asal untuk nikah ialah 6 Februari 2021, namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diumumkan, mereka nekad untuk kahwin kerana ingin memberikan tarikh kepada pasangan lain

"Tiny bit of story, Alhamdulillah we managed to settle all the docs few days before the mco announcement and dah book the nikah date on 6th Feb at Masjid Sg. Buloh and then... MCO announcement knew about orang percepatkan kahwin i had no plan to join sbb nk give ways to other,"

"Still indecisive should proceed ke tak but i ran back masuk rumah told my parents about this crazy plan and Alhamdulillah both my parents & in law are on board with us! So know know already married hahahaha," katanya lagi.

Image via @amrhoth (Twitter)

"Orang kata plan last minute mesti jadi be like" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah mendapat 27,400 retweets dan 54,600 likes di Twitter. Rata-rata netizen kagum dan memuji tindakan pasangan itu yang mengambil keputusan untuk mempercepatkan pernikahan. 

Namun, ada yang berpendapat bahawa semua itu tidak akan terjadi tanpa keluarga yang memahami dan supportive. Rezeki mereka, kedua-dua ibu bapa merestui keputusan yang dibuat dan urusan nikah dipermudahkan.

Antara komen menarik daripada netizen:

Image via @amrhoth (Twitter)

Image via @amrhoth (Twitter)

Image via @amrhoth (Twitter)

Image via @amrhoth (Twitter)

Image via @amrhoth (Twitter)

Image via @amrhoth (Twitter)

Image via @amrhoth (Twitter)

Image via @amrhoth (Twitter)

Image via @amrhoth (Twitter)

Image via @amrhoth (Twitter)

Image via @amrhoth (Twitter)

Tahniah sis dan pasangan! Semoga bahagia hingga ke jannah <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment