"Lawan Beranak" - Wanita Kongsi Hadiahkan Cucu, Ramai Tidak Menyangka Balasan Abahnya
Another level.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dapat melahirkan cahaya mata merupakan satu anugerah yang terindah buat keluarga
Iyalah, anak merupakan rezeki yang Tuhan kirimkan untuk pasangan suami isteri. Ia merupakan satu amanah yang berat.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang wanita kongsi hadiahkan cucu namun balasan abahnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Wanita hadiahkan seorang cucu, sekali abah juga berikan dua lagi adik kepadanya
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berkongsi rakaman bayi yang sangat comel dan menggeramkan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia berkongsi telah menghadiahkan seorang cucu kepada keluarganya. Namun, dia menerima lagi dua orang adik sebagai balasan itu bikin ramai dekah.
"2021, bulan 4 aku bagi cucu kat abah"
"2021, bulan 6 abah bagi aku adik lagi, bukan 1, tapi 2 terus guys", katanya.
Image via @fatinrawkk (TikTok)
"Wah pak cik dengan anak saudara sebaya, bestnya ada geng" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 693K tontonan, 62K tanda suka dan 677 komen di TikTok, rata-rata netizen turut tidak menyangka balasan abahnya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @fatinrawkk (TikTok)
Image via @fatinrawkk (TikTok)
Image via @fatinrawkk (TikTok)
Image via @fatinrawkk (TikTok)
Tak sangkanya, tapi apa salahnya baru seronok ada ramai geng! :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment