Lawat Makam Mahsuri, Wanita Meracau Masa Tidur Akibat Ambil Bunga Kemboja Ini Curi Tumpuan
Seram.
Menziarahi kawasan pemakaman sudah pasti banyak pantang larangnya
Seperti kawasan makam Mahsuri dan muzium-muzium lama, sudah pasti perlu menjaga adab supaya dapat mewujudkan suasana yang harmoni antara satu sama lain.
Namun, baru-baru ini tular seorang wanita berkongsi kisah tersilap langkahnya di makam Mahsuri telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ambil bunga kemboja di makam Mahsuri dan selitkan di telinga sebagai hiasan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berkongsi pengalamannya semasa melawat ke makam Mahsuri bersama keluarganya.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia meracau masa tidur malam. Dia mimpi sedang berlari kerana dikejar sesuatu.
Dia dengan separa sedar membaca ayat Qursi berpuluh-puluh kali sehingga tekaknya kering. Dia tidak dapat sedar ke dunia nyata sehinggakan anaknya yang menggegar badannya dengan kuat.
Rupa-rupanya wanita ini mengutip bunga kemboja putih di gerbang Kampung Kedah sebelum memasuki makam Mahsuri.
Disebabkan suka dengan bau dan kecantikan bunga itu, dia menyelitkan di celah tudung. Sebelum pulang, dia meletakkan bunga itu di makam Mahsuri.
Image via @sarini.rahim (TikTok)
"Kami pernah ke sini, record dalam rumah mahsuri, tapi bila balik check tak ada langsung video tu. Macam tak record" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 774K tontonan, 51K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @sarini.rahim (TikTok)
Image via @sarini.rahim (TikTok)
Image via @sarini.rahim (TikTok)
Semoga perkongsian ini menjadi iktibar kepada semua!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment