Lebih 1,000 Murid Terinspirasi Dengan Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah Bersama SAFI Shayla
Murid-murid bukan sahaja berpeluang mendekati selebriti kegemaran mereka, tetapi juga mendapat inspirasi dan motivasi untuk menonjolkan potensi sebenar mereka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah bersama SAFI Shayla yang telah berlangsung pada 18 dan 27 Februari, terus menghidupkan semangat murid dengan kehadiran selebriti dan pelbagai aktiviti interaktif menarik di SMK Convent (M) Kajang dan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya baru-baru ini!
Program penuh manfaat ini bukan sekadar menggegarkan dua sekolah hebat ini, malah menggabungkan hiburan dan keseronokan, ilmu dan pembelajaran, inspirasi serta keyakinan diri sekali gus telah mencipta detik manis dan memberikan pengalaman bermakna buat lebih daripada 1,000 murid yang menyertainya.
Dengan sokongan TV3, Tonton, DIDIKTV KPM, serta rakan kongsi SAFI Shayla, program ini membuktikan impaknya! Murid-murid bukan sahaja berpeluang mendekati selebriti kegemaran mereka, tetapi juga mendapat inspirasi dan motivasi untuk menonjolkan potensi sebenar mereka.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan jelas dapat merangsang minda mereka, membantu mereka mengasah skil komunikasi serta keyakinan diri. Dari sesi perkongsian ilmu hingga ceramah pendidikan dan kesedaran kebersihan diri, semuanya dirancang untuk memberi impak positif.
Image via Tonton
Image via Tonton
Barisan selebriti popular yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pempengaruh, dan pengacara televisyen seperti Malia Baby, Imran Aqil, Nabil Aqil, Aizat Saha, Muaz Zabir, Syahir Shafein, Anim Ezati, Zarif Ghazzi, Sharul Kamal, Fitri Farok, Hakimi Noordin, Shah Sulaiman (Tapau), dan Nisa Kay tampil memeriahkan acara serta menambah keceriaan dengan sesi perkongsian kisah kejayaan mereka.
Murid-murid teruja mendengar pengalaman sebenar mereka dalam industri hiburan dan bagaimana pendidikan serta media sosial membantu membina karier mereka! Pengalaman yang dikongsi selebriti ini benar-benar memberi motivasi yang membakar semangat mereka! Program ini bukan hanya memberi ilmu, tetapi mencipta satu pengalaman yang tak akan dilupakan!
Selain itu, murid-murid juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Cergas+, LED Q&A, serta permainan interaktif seperti Uji Bakat Drama, Uji Bakat Berita, Mix & Match, dan Tic Tac Toe. Setiap cabaran bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mengasah kemahiran komunikasi, keberanian, dan kreativiti mereka! Wajah-wajah ceria justeru jelas terpancar apabila mereka menyertai aktiviti-aktiviti interaktif yang menyeronokkan dan mencabar ini.
Lebih menyeronokkan apabila penglibatan mereka diiktiraf! Peserta yang paling menyerlah dalam setiap aktiviti dinobatkan anugerah seperti “Terpaling Sporting”, “Terpaling Heboh”, “Terpaling Drama”, “Terpaling Girl Power”, serta “Rambut Hijab Terpaling Slay”! Semua murid turut menerima sijil penghargaan, manakala sekolah pula menerima plak penghargaan sebagai tanda apresiasi daripada pihak TV3, Tonton dan DIDIKTV KPM.
Murid-murid hijabi mendapat pendedahan tentang kepentingan menjaga rambut di sebalik hijab
Sebagai rakan kongsi utama, SAFI Shayla turut berkongsi tips penjagaan rambut melalui inisiatif "Sis Shay, Inspirasi Hijabi"! Murid-murid hijabi mendapat pendedahan tentang kepentingan menjaga rambut di sebalik hijab, sekali gus meningkatkan keyakinan diri mereka!
Ini seiring dengan usaha meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan diri dalam kalangan remaja perempuan, bertepatan dengan objektif SAFI Shayla, Keyakinan Bermula dari Penjagaan Diri!
Murid-murid dan guru-guru memberikan reaksi super positif! Ramai murid menyatakan mereka lebih bersemangat, lebih berani untuk bersuara, dan lebih yakin untuk mengejar impian mereka selepas menyertai program ini.
Guru-guru pula menyifatkan program ini sebagai satu inisiatif yang bermanfaat, menyeronokkan, dan memberi impak besar kepada murid-murid!
Image via Tonton
Image via Tonton
Menurut Pengarah Pemasaran Kreatif dan Komunikasi, Rangkaian Televisyen Media Prima, Farah Shamsudin, "Kami amat teruja dengan kejayaan program ini dan melihat sendiri impak luar biasa yang diperolehi oleh murid-murid ini, bagaimana setiap murid tampil lebih berani dan penuh keyakinan!
"Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk mengekspresikan kreativiti, tetapi juga membantu mereka menonjolkan potensi sebenar mereka. Melalui perkongsian daripada selebriti, mereka juga mendapat panduan berharga dalam merancang kerjaya masa depan.
"Kami berhasrat untuk memberi impak positif yang berterusan dalam hidup mereka dan mendorong mereka untuk terus percaya diri serta berusaha mencapai impian mereka. Terima kasih kepada pihak sekolah atas sokongan dan kerjasama yang luar biasa, serta kepada SAFI Shayla atas sokongan berterusan mereka dalam menjayakan program ini!," katanya.
Untuk rekod, Program Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah bersama SAFI Shayla ini bukan sekadar program pendekatan sekolah yang biasa, ia adalah menjadi pencetus semangat untuk memperkasakan generasi muda masa kini!
Dengan sokongan padu dari pelbagai pihak, termasuk rakan kongsi hebat seperti SAFI Shayla dan kehadiran selebriti popular, pelbagai aktiviti interaktif, dan perkongsian ilmu yang bernilai dapat diterapkan.
Program ini pastinya berpotensi untuk memberi impak yang luar biasa dan mencetuskan perubahan positif dalam kehidupan murid-murid, seterusnya menjadi platform terbaik untuk memperkasakan bakat dan impian mereka!
Nantikan lokasi seterusnya dan sertai keseronokan bersama Tonton Gen+!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment