Lebih 14K ‘Retweets’, Lelaki Ini Kongsi Cara Kira Zakat Emas. Penting Ya!
Ingat, amaran tidak bayar zakat emas dalam Al-Quran adalah sangat keras dan jelas.
Seperti yang kita tahu, agama Islam memandang emas sebagai simbol kekayaan harta yang berharga dan mampu berkembang
Image via loutbao.com
Oleh disebabkan keistimewaan yang dimilik oleh emas dan menjadi ukuran kekayaan maka Islam mewajibkan zakat ke atas emas.
Malah, untuk pengetahuan anda, kewajipan menunaikan zakat emas juga telah disebutkan secara terang dan amat jelas dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
"(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka):? Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu?" [At-Taubah (9): 34-35]
Walau bagaimanapun, pengiraan bagi pembayaran Zakat Emas adalah berbeza.
Jika anda masih belum tahu, boleh baca perkongsian lelaki ini di laman Twitter @acaiijawe mengenai cara pengiraan sebenar Zakat Emas.
Perkongsian melalui rangkaian tweets tersebut telah berjaya meraih lebih 14K retweets dan 12.5K likes ketika artikel ini ditulis.
Baca penuh di bawah:
Di bawah merupakan antara berat emas yang bakal dikenakan pembayaran zakat serta cara pengiraan yang betul:
Untuk pengetahuan anda, di Selangor pula, Zakat Emas adalah digabungkan dengan Zakat Simpanan dan Zakat Saham
Kesimpulannya...
Namun begitu, ada beberapa persoalan yang turut diajukan oleh orang ramai mengenai Zakat Emas ini.
Antaranya:
Image via SAYS Seismik
Baca juga perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment