seismik

Lebih 19K 'Retweets', Lelaki Ini Kongsi Perkara Nampak Islamik Tapi Menyusahkan Orang Lain

Baca dan hadam.

Cover image via Google

Sebahagian kecil orang Islam terlalu memberatkan serta menyulitkan diri dengan adat-adat baru sedangkan prinsip agama Islam adalah mudah dan tidak menyusahkan

Gambar sekadar hiasan.

Image via INSISTS

Tambahan pula, Islam turun dengan mudah dan Allah SWT tidak memberatkan seseorang itu melainkan sekadar mengikut kemampuannya. Allah SWT tahu setakat mana keupayaan manusia kerana Dia yang mencipta manusia.

"Allah SWT mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran." (Surah Al-Baqarah, ayat 185).

Malah, setiap hukum dan perundangan yang ada dalam Islam adalah mudah dan mampu dilaksanakan oleh setiap individu

Ianya bukan untuk menyusahkan dan menyulitkan hidup manusia, malah untuk menyenangkan dan memberi ketenangan serta kesejahteraan dalam hidup.

Sebagai contoh, lelaki di laman Twitter @zackfaraday telah berkongsi beberapa senarai perkara yang nampak islamik, namun sebenarnya memberikan kesulitan kepada orang lain.

Lihat senarai penuh di bawah:

Bukan setakat itu sahaja, bab baca doa sebelum berbuka puasa pun sebenarnya boleh dipermudahkan lagi.

Kalau boleh, jangan baca terlalu panjang dan melengahkan waktu berbuka, nanti makruh.

Kesimpulannya, agama Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.

Jadi janganlah kita persulitkan dan menyusahkan masyarakat Islam dan agama lain.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca juga artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: