Lee Chong Wei - Atlet Malaysia Pertama Dapat 'Wax Figure' Di Madame Tussauds Hong Kong!
Nak berselfie atau wefie dengan Datuk LCW? Datang sini!
Madame Tussauds Hong Kong baru-baru ini telah mengumumkan akan mengabadikan bekas pemain badminton nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei kepada patung lilin sebagai salah satu daripada daya tarikan di muzium itu
Image via Facebook Lee Chong Wei 李宗伟
Sepanjang sesi pengukuran badan yang dilakukan selama 6 jam, Datuk Lee Chong Wei atau lebih mesra disapa LCW itu bukan sekadar memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memenuhi pelbagai piawaian pengukuran, malah membuat aksi lawak dengan alat pengukuran kakitangan di situ.
Image via Facebook Lee Chong Wei 李宗伟
Image via Facebook Lee Chong Wei 李宗伟
Ketika ditanya bahagian mana yang paling disukainya, Datuk LCW berkata, “Saya amat kagum dengan warna rambut dan mata patung lilin saya yang seakan-akan warna sebenar saya!
"Saya sangat bersyukur dan berbesar hati kerana diberikan peluang untuk mewakili Malaysia, dan berharap patung lilin saya akan memberi inspirasi kepada lebih ramai warga Malaysia untuk menonjolkan kehebatan negara tercinta kita di persada dunia.”
Datuk LCW merupakan warganegara Malaysia kedua yang mendapat patung lilinnya sendiri di Madame Tussauds selepas pelakon terkenal antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh
BoBo Yu, Ketua Pemasaran Madame Tussauds Hong Kong turut berkongsi kegembiraannya dengan penambahan terbaru kepada daya tarikan tersebut.
Image via The Epoch Times
"Malaysia adalah salah satu pasaran penting kami. Selepas melancarkan tokoh lilin Michelle Yeoh bertahun-tahun yang lalu, Lee Chong Wei akan menjadi rakyat Malaysia kedua yang mempunyai tokoh lilin yang dipamerkan di tarikan kita," katanya.
"Kami memang mempunyai keistimewaan untuk mempunyai atlet cemerlang yang menyertai kami. Kami berharap ini akan menarik penggemar sukan dari Malaysia dan seluruh dunia untuk datang dan mengalami keajaiban badminton yang dipaparkan melalui superstar badminton," tambahnya lagi.
Patung lilin Datuk Lee Chong Wei dijangka akan dipamerkan pada suku kedua tahun 2020 ini.
Nak ber-selfie atau wefie dengan Datuk LCW?
Pergi sahaja ke Madame Tussauds di Hong Kong Disneyland!
Image via MakeAGif
Romantik juga juara kita ini <3
Lagi artikel menarik di SAYS:
Leave a comment