Lelaki Cina Baik Hati Tanamkan Pokok Limau Buat Jiran Yang Suka Guna Dalam Masakan
Best dapat jiran macam ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jiran merupakan antara individu yang rapat dengan kita
Mengukuhkan hubungan yang erat bersama jiran adalah perlu kerana jika berlaku apa-apa perkara, merekalah orang yang terdekat untuk kita meminta tolong.
Mempunyai jiran yang baik sememangnya satu rezeki. Bukan semua orang dapat jiran yang baik hati betul tak? Kadangkala sampai boleh menjadi kawan rapat.
Seperti salah sebuah video di TikTok ini memaparkan seorang jiran berbangsa Cina yang baik hati menanam pokok buat rumah wanita ini.
Image via @fitramlan (TikTok)
Tanamkan pokok limau sebab tahu jiran suka memasak
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berkenaan baru saja pulang dari suatu tempat dan mahu menuju masuk rumah.
Namun, dia sempat merakam 'perangai' jirannya yang berbangsa Cina itu sedang menanam pokok limau.
Menurut wanita itu ia kerana dia suka memasak dan banyak menggunakan pokok tersebut dalam masakan.
"Dah 3 kali dia tanam. Masalahnya dia tanam untuk kita orang sebab dia tahu orang Melayu suka buat sambal," tulisnya.
Lihat video itu di bawah:
Dia nak suruh masakkan sikit kot, mesti bau sedap tu selalu :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment