Lelaki Dakwa Mengaku Imigresen Minta Wang & Caj Warga Pakistan Yang Tiba Di KLIA
Rasuah, penipuan atau mencari rezeki?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan keadaan di KLIA Terminal 1
Menerusi video tersebut, seorang pramugara yang dipercayai mempunyai keturunan Pakistani dihampiri oleh individu yang tidak dikenali untuk meminta bantuan.
Seorang penumpang menghampirinya dan meminta bantuan dalam nada sedih. Mujur, pramugara itu pandai bercakap dalam bahasa Pakistan.
"Katanya, seorang individu tidak dikenali mengaku sebagi pihak Imigresen telah mengambil RM 300 daripadanya.dan meminta bantuan saya untuk minta penjelasan kenapa dia perlu membayar wang kepada individu tersebut." tulisnya.
Image via @khanxze (TikTok)
Pada awalnya, dia tak percaya namun perkara itu terjadi depan matanya sendiri
Selepas dia memerhati keadaan di situ, penumpang yang datang terutamanya dari Pakistan akan ditahan oleh mereka yang mengaku sebagai pihak imigresen.
Difahamkan, pasport mereka akan dipegang jika mereka merupakan pelawat Malaysia buat kali pertama.
Jika pelawat ini ingin melepasi tahanan ini, mereka perlu membayar sebanyak RM300.
Image via googleapis.com
Lihat video penuh itu di bawah:
Ketika artikel ini ditulis, kami di SAYS Seismik cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak Malaysia Airports mengenai isu yang tular, namun sehingga kini belum ada apa-apa kenyataan rasmi dibuat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment