Lelaki Didenda RM800 Gara-Gara Tampar Teman Wanita Tak Reply Mesej 'Good Morning Sayang'
Marah sangat ke ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang penjaga stor mengaku bersalah di Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan mencederakan teman wanita selepas bergaduh berhubung isu tidak membalas mesej dihantar melalui aplikasi WhatsApp
Menurut laporan Berita Harian, tertuduh yang bernama Muhamad Nurhaqimi Harun, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Dalam pertuduhan tersebut, dia didakwa telah mencederakan teman wanitanya berusia 20 tahun dengan menamparnya di sebuah kedai haiwan peliharaan pada jam 12.15 tengah hari, 10 Oktober lalu.
Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Image via NSTP/ Alias Abd Rani
Difahamkan, kejadian berlaku ketika teman wanitanya menghantar makanan tengah hari di tempat kerja tertuduh.
Siasatan polis mendapati, perang mulut berlaku antara mangsa dan tertuduh kerana wanita itu tidak berpuas hati apabila mesej 'Good Morning Sayang' yang dihantarnya tidak dibalas.
Suasana kemudian bertukar menjadi tegang apabila tertuduh 'bengang' lalu menampar pipi kiri mangsa hingga cedera ringan.
Berikutan itu, mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Razak Shariff.
Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM800 terhadap tertuduh atau penjara 14 hari jika gagal membayar denda dikenakan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment