Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lelaki Dituduh Rogol Janda Anak Tiga Dalam Lori Ketika Mahu Hantar Makanan

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Yong Peng pada hari kejadian dengan tertuduh ditahan keesokan harinya.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di semalam atas dua pertuduhan merogol dan persetubuhan luar tabii terhadap seorang janda anak tiga dalam kenderaan itu pada bulan lalu

Menurut laporan, bagaimanapun, tertuduh, Mohd Norhisyamudin Jamaludin, 44 tahun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.

Bagi pertuduhan pertama, bapa tiga anak itu didakwa merogol janda berusia 43 tahun dalam lori yang diparkir di Taman Kota, Yong Peng, di antara 7.39 mlam hingga 8.30 malam pada 28 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via FMT

Mangsa dirogol semasa mahu menghantar makanan pada tertuduh

Untuk pertuduhan kedua pula, dia didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap mangsa yang mana kejadian itu berlaku pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Hasil laporan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa mahu menghantar makanan kepada tertuduh.

Namun, pada hari kejadian, cuaca tidak baik yang mana tertuduh mengajak mangsa masuk ke dalam lori sementara menanti hujan reda.

Peluang itu diambil tertuduh untuk melakukan perbuatan terbabit terhadap mangsa walaupun wanita itu cuba melawan, namun tidak diendahkan.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Yong Peng pada hari kejadian dengan tertuduh ditahan keesokan harinya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh diikat jamin RM10,000 dan mahkamah menetapkan 5 Mac ini untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.

Bagaimanapun, tertuduh dihantar ke Pusat Koreksional Muar untuk tahanan sementara.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment