Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Mengalah Dulu, Lepas Tu..." - Lelaki Bagi Solusi Mudah Berhadapan Dengan Pembuli Jalan!

Kawal kemarahan itu dan lakukan dua langkah mudah ini!

Cover image via Google

Masalah road rage atau pembuli jalan raya semakin hari semakin menjadi-jadi

Masalah ini berlaku kerana sikap kita sendiri yang seakan-akan tidak pandai bersabar. Sikap seperti ini sepatutnya tidak ada dalam diri masyarakat yang bertamadun bahkan kita seharusnya menghormati hak di antara satu sama lain kerana jalan raya dikongsi bersama.

Image via Google

Masalah road rage dan buli yang berlaku di atas jalan raya tidak boleh dipandang ringan kerana ia memberi impak serius yang boleh dibawa kepada diri pelaku yang terlibat serta orang sekeliling yang tidak bersalah.

Image via Google

Selain daripada menjadi punca kepada kesesakan lalu lintas, masalah ini juga boleh membawa kepada kemudaratan lain seperti kerosakan harta benda, pergaduhan, tumbuk-menumbuk, dan yang paling teruk sekali, kematian.

Seorang lelaki telah tampil dengan solusi mudah yang wajar diamalkan semua pemandu jalan raya apabila berdepan dengan pembuli jalan raya

Menerusi laman Twitter, Syawal yang sebelum ini pernah beberapa kali berdepan dengan pembuli jalan raya telah berkongsikan cara dia menangani masalah ini dengan mudah, dan ternyata telah membuahkan hasil yang diharapkannya.

Image via Twitter @advreds

Caranya? Mudah sahaja!

Mula-mula, mengalah sahaja dengan pembuli jalan raya ini. Kemudian, buat laporan polis dalam masa 24 jam insiden berlaku. Walau bagaimanapun, penting untuk setiap pemandu memasang kamera atau dashcam pada kenderaan masing-masing demi memudahkan laporan polis dilakukan.

Betul juga, bergaduh sesama pemandu di tengah-tengah jalan raya ini sememangnya mendatangkan lebih kemudaratan daripada kebaikan

Lebih teruk lagi sekiranya terdapat anak kecil yang akan memerhatikan gelagat bapanya bergaduh di tengah-tengah jalan lalu mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Ibu bapa kan perlu menjadi contoh yang terbaik buat anak-anak, tidak kira dalam situasi apa pun.

Image via Twitter @advreds

Dengan singgah ke balai polis bukan sahaja mudah bahkan mampu mengelakkan pelbagai perkara yang tidak elok daripada berlaku. Buat sahaja laporan polis dan tunjukkan bukti yang terdapat dalam dashcam kepada pihak berkuasa. Dashcam pun boleh dibeli dengan harga mampu milik.

Image via Twitter @advreds

Sekiranya laporan itu sah, maka polis akan bertindak sama ada mengeluarkan saman ataupun mengenakan apa-apa tindakan yang sewajarnya. Syawal sendiri berasa puas hati dengan tindakan yang dikenakan kepada pesalah susulan laporan-laporan yang dibuatnya itu.

Image via Twitter @advreds

Ekoran tularnya tweet itu juga, ramai yang bersetuju dengan cadangan yang diusul oleh Syawal. Bahkan ramai yang meninggalkan komen tanda setuju selain menanyakan beberapa soalan kepada Syawal perihal cadangannya itu untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. 

Di bawah adalah antara komen serta soalan dari para netizen:

Bagi je pembuli jalan raya rasa dia menang dulu

Image via Twitter @advreds

Betul, dah tua-tua ini makin malas nak bergaduh

Image via Twitter @advreds

Tindakan polis kepada pesalah

Image via Twitter @advreds

Tindakan adalah berbeza mengikut kesalahan yang dilakukan

Image via Twitter @advreds

Yang penting, polis ada rekod kesalahan road bully

Image via Twitter @advreds

Jangan takut untuk buat laporan polis

Image via Twitter @advreds

Pembuli jalan ini bukan berani sangat sebenarnya

Image via Twitter @advreds

Kos total pasang dashcam

Image via Twitter @advreds

Jenis dashcam yang digunakan

Image via Twitter @advreds

Untuk yang naik motor, macam mana pula?

Image via Twitter @advreds

Nak report polis kat mana?

Image via Twitter @advreds

Semoga informasi ini memberi manfaat buat semua terutamanya pengguna jalan raya.

Pandu dengan cermat, dan jangan gaduh-gaduh, ya!

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment