Kereta Tak Ada Hon Dan 14 Lagi Kesalahan Jalan Raya Yang Ramai Tak Tahu Boleh Kena Saman

Lebur duit kalau kena.

Enlarge text
Cover ImageCover image via belangtarung.com

Anda tahu tak yang anda boleh kena saman kalau pakai wiper rosak atau patah?

Image via Pinterest

Ya, dengar macam tak masuk akal tapi memang benar…

Di sini ada beberapa lagi peraturan jalan yang mungkin anda tak pernah dengar tapi anda kena bayar saman kalau melanggarnya:

*Nota: Dalam senarai ini, kami merujuk kepada buku panduan JPJ mengenai kesalahan jalan di Malaysia. Versi penuh boleh didapatkan di [sini](http://www.jpj.gov.my/ms/c/document_library/get_file?uuid=9ecdbb16-0ff2-4720-b4c2-d2fc0ab27e07&groupId=10157).*

1. Tidak menggunakan pelekat "P" dengan ukuran yang betul: Denda RM70

Image via Kereta Info

Mungkin sebelum ini anda pernah tengok pelbagai variasi dan saiz pelekat "P" yang ditampal pada kenderaan. Tapi, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) hanya membenarkan pelekat "P" dengan ukuran 15cm x 15cm.

Selain itu, pelekat ini mesti diletakkan di sebelah kiri cermin depan dan belakang kereta.

Jika gagal, denda boleh dikenakan sehingga **RM70**.

2. Tidak memaparkan kupon letak kereta anda dengan jelas: Denda maksimum RM300

Image via We Motor

Sekiranya anda berada di bandar-bandar seperti Ipoh yang menggunakan sistem tempat letak kereta seperti ini, kegagalan untuk meletakkan tiket letak kereta di kawasan yang kelihatan kepada penguat kuasa boleh menyebabkan **denda sehingga RM300**.

Menggunakan kupon lebih awal dari tarikh tertera atau memaparkan kupon yang belum digores juga merupakan kesalahan.

Setiap majlis bandar mempunyai cara tersendiri dalam menyelia kupon tempat letak kereta. Jadi pastikan anda bertanya apa-apa soalan yang tak jelas kepada mereka.

3. Lampu brek ketiga tidak berfungsi/menyala: Denda RM150

Image via HYUNDAI

Lampu brek ketiga bukan sekadar langkah keselamatan tetapi juga keperluan undang-undang jalan raya. Jika lampu itu tidak berfungsi, anda meletakkan diri anda dan siapa saja yang memandu di belakang anda dalam bahaya, dan anda menghadapi risiko dikenakan saman **RM150**.

4. Tinted kereta tidak mematuhi keperluan VLT JPJ: Denda RM2,000 – RM4,000 atau penjara

Image via Carlist

Tak salah nak *tinted* kereta tapi kena hati-hati dengan warna dan tahap kegelapan *tinted* yang digunakan.

Pemandu yang degil akan boleh dikenakan denda yang tinggi dan penalti di bawah undang-undang baru yang diwartakan tahun lepas.

Rujuk syarat-syarat berikut untuk VLT yang dibenarkan:

**- 70 peratus VLT untuk cermin depan
– 50 peratus VLT untuk tingkap sisi depan
– 30 peratus VLT untuk tingkap sisi belakang dan cermin belakang**

Undang-undang baru itu menguatkuasakan **denda maksimum sebanyak RM2,000**, atau **hukuman penjara enam bulan** untuk pesalah kali pertama, manakala kesalahan berikutnya akan **didenda sehingga RM4,000, atau hukuman penjara 12 bulan, atau kedua-duanya**.

5. Tidak menghidupkan lampu motosikal pada siang hari: Denda RM50

Penunggang motosikal sila peka. Anda dikehendaki untuk menghidupkan lampu setiap kali menunggang motosikal, termasuk di siang hari. Ya, walaupun matahari sedang terik memancar. Jika gagal, **denda adalah RM50**.

6. Memotong di lorong kiri: Denda RM300

Sebab itulah di sepanjang lebuh raya ada tulis, "Ikut kiri kecuali memotong" supaya pemandu menggunakan lorong kanan.

Image via The Uster Fry

7. Tinggalkan kenderaan dengan enjin hidup: Denda RM100

Nak pergi ATM? Nak beli burger kejap kat tepi jalan?

Nak buat semua tu boleh tapi pastikan enjin kereta dimatikan. Jika gagal, boleh kena **denda RM100**.

Image via Car Lock Smith

8. Menghalang lintasan zebra atau laluan pejalan kaki: Denda RM150

Image via Shutter Stock

Satu perkara yang biasa berlaku semasa trafik sesak tetapi berhentikan kenderaan anda di laluan pejalan kaki boleh menyebabkan anda **didenda RM150**.

9. Wiper kereta rosak/patah: Denda RM100

Image via How Stuff Works

Kalau cermin jadi kabur selepas menggunakan *wiper*, kemungkinan besar *wiper* itu kotor atau getahnya sudah haus. Penyelenggaraan *wiper* memang mudah dan tak boleh ditangguh kerana *wiper* yang rosak boleh menyebabkan anda **didenda RM100**.

10. Speedometer rosak: Denda RM100

Seperti kebanyakan orang, anda mungkin tidak berapa kisah dengan speedometer sehingga ia berhenti berfungsi. Speedometer rosak akan memberi risiko **denda RM100** kepada anda.

Image via Auto In The Box

11. Paip ekzos tanpa muffler (penyenyap bunyi): Denda RM100

Penyenyap bunyi adalah satu bahagian yang mengurangkan bunyi yang dikeluarkan oleh ekzos enjin. Tanpa bahagian ini pada paip ekzos, anda boleh **didenda RM100**.

Image via Your Mechanic

12. Berhenti di petak kuning: Denda RM150

Kotak kuning terletak di persimpangan "T" di mana lampu isyarat terletak. Tujuannya adalah untuk membolehkan lalu lintas dari semua arah bergerak tanpa halangan. Gagal bergerak dari kotak kuning boleh dikenakan **denda RM150**.

Image via Unverified

13. Penumpang belakang tidak memakai tali pinggang keledar: Denda RM300

Kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati hanya **7-9%** rakyat Malaysia memakai tali pinggang keledar di belakang.

Seorang penumpang di tempat duduk belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar boleh dikenakan **denda sebanyak RM300** (penumpang akan didenda, bukan pemandu).

Image via Auto Guide

14. Memandu di lorong bas: Denda RM100

Lorong bas memang sangat menggoda, terutamanya semasa trafik sesak di waktu puncak. Tetapi jika anda ditangkap berbuat demikian, anda akan menghadapi **denda RM100**.

Image via BYD

15. Kereta tak ada hon: Denda RM70

Image via Auto Barn

Hon kereta adalah elemen penting untuk kenderaan yang berfungsi dengan baik. Jika tertangkap memandu kereta tanpa hon, **denda RM70** menanti anda.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah tahu semuanya?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: