[VIDEO] "Semua Mak-Mak Macam Ni" - Lelaki Ini Buat Dialog Ibu Buat Ramai Boleh Relate
Sumpah sama siut!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang ibu untuk sentiasa menasihati anak-anaknya di rumah
Namun begitu, kadangkala nasihat dan teguran ibu boleh jadi satu perlian kerana sifat kita yang mengambil ringan atau memandang enteng dengan teguran yang diberikan.
Tular video parodi di TikTok apabila seorang lelaki yang berlakon jadi mak dan buat dialog yang sering dicakap oleh semua ibu itu telah mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bebel sama macam semua mak-mak buat ramai boleh relate
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang dikenali sebagai Hady sedang merakam dirinya membuat parodi.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila lakonan dan dialog yang dilontarkan sebiji sama seperti typical mak-mak.
"Kalau aku tak masak, kalau aku tak bersihkan rumah ni, memang tak jadi apa! Ada anak dara pun tak guna. Besarkan badan je, pemalas punya manusia"
"Haa, nanti kalau aku dah mati nanti, kau tunggu kat tepi kubur aku tu nanti. Ibu...ibu macam mana nak masak nasi bu, macam mana nak masak ikan bu, macam mana goreng ayam bu.."
"Haa, time tu kau korek kubur aku, nanti aku bangun aku masakkan," katanya.
Image via @hahahady13 (TikTok)
Image via @hahahady13 (TikTok)
"Diorang ada skrip lepastu share dekat group WhatsApp ke? Sebijik ye" - Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan lakonan dan dialog lelaki itu. Malah, ramai yang bersetuju dan boleh relate kerana ibu masing-masing pernah bercakap sedemikian.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 458K tontonan, 96K tanda suka dan 2K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @hahahady13 (TikTok)
Image via @hahahady13 (TikTok)
Image via @hahahady13 (TikTok)
Image via @hahahady13 (TikTok)
Image via @hahahady13 (TikTok)
Sumpah sebijik ya dengan mak dekat rumah! :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment