seismik

[VIDEO] "Siap Bawa Rombongan" - Kambing Lepasi Sekatan Jalan Raya Buat Netizen Bikin Dekah

Dah lengkap dua dos vaksin!

Cover image via @aizataiman69 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan beberapa kelonggaran kepada sesiapa yang telah mengambil dua dos vaksin di negeri fasa dua

Antara kelonggaran yang diluluskan adalah seperti dine-in dan merentas daerah atau negeri. Bagi siapa yang ingin berbuat demikian, mereka perlu menunjukkan sijil digital lengkap dos vaksin. 

Namun begitu, tular baru-baru ini video di TikTok yang memaparkan sekumpulan kambing melepasi sekatan jalan raya telah mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Selamba jalan melepasi sekatan siap bawa rombongan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah rakaman telah diambil di sekatan jalan raya. Sekatan jalan raya tersebut dikawal selia oleh tentera dan polis. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila muncul sekumpulan kambing melepasi sekatan dengan selambanya. Lebih lucu lagi, kambing tersebut dilihat membawa anak-anaknya untuk turut serta sekali. 

"Ni mesti dah cucuk 2 dos ni, selamba je lalu tak tegur pun" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan kambing-kambing itu. Malah, ramai yang meninggalkan komen lucu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 982K tontonan, 65K tanda suka dan 3K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amboi, selamba je kambing-kambing tu lalu kan. Kita kat sini jealous je tengok! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik