"Kaya Gila!" - Lelaki Ini Berikan Mas Kahwin Emas, Duit & Rumah 3 Tingkat Buat Isterinya
Another level betul ni!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Apabila berbicara tentang perkahwinan, sudah tentu ia akan menyentuh isu-isu seperti hantaran dan mas kahwin
Sesetengah orang akan menentukan nilai hantaran dengan kadar yang tinggi, ada juga yang tidak kisah dan mengikut kemampuan pihak lelaki.
Manakala mas kahwin pula kebiasaannya hanya mengikut kadar nilai yang ditetapkan bagi setiap negeri. Jika pihak lelaki ingin memberi lebih itu terpulang kepada mereka.
Baru-baru ini, tular video di TikTok yang memaparkan kisah perkahwinan pasangan ini apabila menerima mas kahwin yang banyak telah mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Hadiahkan mas kahwin yang bernilai tinggi kepada isteri
Menerusi video berkenaan, kelihatan majlis akad nikah pasangan suami isteri itu sedang berlangsung di negara seberang.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila suaminya itu hadiahkan mas kahwin sebanyak 1/2kg emas, duit bernilai RM30k, sebuah kereta dan rumah 3 tingkat secara tunai kepada isterinya.
"Mungkin anak sultan kot yang dinikahinya" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dan kagum dengan pasangan suami isteri tersebut. Malah, ada juga yang tidak percaya kerana suara latar yang digunakan dalam aplikasi TikTok.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 8.5M tontonan, 581K tanda suka dan 4K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Jangan nak berangan lah terima mas kahwin banyak macam ni. Tak perlu susah-susah, Islam kan mudah :)