[VIDEO] "Disangka Bisu" - Rupanya Jurubahasa Isyarat Muncul Di Penjuru TV Boleh Bersuara
"Rupanya dari kecil aku kena scam" - Netizen
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siaran berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) sering memaparkan seorang jurubahasa isyarat di penjuru TV
Jurubahasa isyarat tersebut ditugaskan untuk menterjemahkan semula berita yang dibaca oleh pemberita untuk Orang Kurang Upaya (OKU).
Tular sebuah video di TikTok yang memaparkan jurubahasa tersebut boleh bersuara dan bercakap curi tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Muncul di penjuru TV, disangkakan bisu rupa-rupanya boleh bercakap
Menerusi video berkenaan, kelihatan jurubahasa isyarat yang sering muncul di berita perdana itu boleh bercakap dan bersuara.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia menjelaskan dia perlu berlakon menjadi pekak dan bisu supaya pekerjaannya sebagai jurubahasa isyarat boleh dilakukan dengan baik.
Rata-rata netizen turut kagum dengan kemahiran dan kepakaran jurubahasa isyarat yang dikenali sebagai Lee Bee itu dalam melaksanakan tugasnya.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Dulu kalau tengok berita, mesti fokus dekat penjuru je" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dan terkejut apabila mengetahui rupa-rupanya jurubahasa isyarat boleh bersuara dan bercakap. Malah, ramai juga yang memuji jurubahasa tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 161K tontonan, 16K tanda suka dan 300 komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: