seismik

[VIDEO] "Siap Ajak Tengok TV" - Budak Ini Menangis Tak Bagi Ayah Masak Ketam Nak Buat Lauk

Dah macam best friend dah!

Cover image via @syamilahalim (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan sesetengah orang memang gemar dengan makanan seafood

Mana tidaknya, makanan laut yang fresh dan juicy itu memang mejadi kegilaan orang kerana rasanya yang sedap. Namun begitu, ada juga sesetengah orang yang mempunyai alergi terhadap makanan laut. 

Baru-baru ini tular sebuah video tentang budak kecil meraung dan menangis apabila ayahnya ingin memasak ketam yang baru dibeli mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Meraung tak bagi ayah masak ketam sebagai lauk

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang menonton TV bersama ketam kesayangannya.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila dia meraung dan menangis apabila ayahnya ingin jadikan ketam tersebut sebagai lauk mereka.

Disebabkan budak itu sayang sangat kepada ketam, dia siap mengajak ketam tersebut untuk menonton TV dan melihat video TikTok bersama. Perkara itu seolah-olah kelihatan seperti mereka berdua adalah rakan baik.

"Putusnya tali ketam tu, baru adik faham apa itu kawan makan kawan" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat budak kecil itu. Malah, ramai yang menasihatinya supaya menjauhkan diri daripada ketam. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 578K tontonan, 39K tanda suka dan 1K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Aduhai lawaklah, sekali kena kepit, auto lari kau dik :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: