seismik

[VIDEO] "Tengok Pun Geli" - Lelaki Ini Selamba Bermanja Dengan Katak Siap Geletek Lagi

OMG, nak pegang pun geli apatah lagi geletek katak.

Cover image via @adykaloy (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dapat dinafikan, setiap orang pasti mempunyai haiwan peliharaan kegemaran masing-masing

Ada yang sukakan kucing, ada juga yang memeliharan ikan dan macam-macam lagi asalkan haiwan itu jinak. Namun begitu, ada juga orang yang memelihara haiwan rare dan di luar jangkaan.

Tular baru-baru ini tentang sebuah video yang memaparkan seorang lelaki bermain dengan kataknya mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak geli bermanja dengan katak, siap geletek lagi

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang berada di kawasan kolam katak peliharaannya.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila lelaki itu selamba bermain dengan kataknya sambil menggeletek katak itu tanpa rasa geli. Tambahan lagi, katak itu dilihat menggigit tangan tuannya.

"Dia punya geletek macam geletek kucing" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang menyuarakan rasa geli terhadap katak. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 15M tontonan, 1.2M tanda suka dan 23K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dia yang geletek tapi kita pula yang geli! :O

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: