[VIDEO] "Sambal Bini Habis" - Wartawan Mengadu Gelisah Di Live Ini Raih Perhatian Netizen
Patutlah tak boleh fokus.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti yang diketahui semua, Sukan Olimpik kali ini diadakan di bumi Jepun
Selain Jepun mengalu-alukan kedatangan para atlet, mereka juga menyambut kedatangan para wartawan yang diterbangkan ke sana untuk melaporkan prestasi dan pencapaian atlet-atlet Malaysia.
Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan momen lucu wartawan ketika menyampaikan laporan melalui live mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sempat mengadu gelisah sebab sambal yang dibekalkan isterinya sudah habis
Menerusi video berkenaan, kelihatan wartawan yang dikenali sebagai Bazly Azmi sedang membuat laporan tentang perlawanan acara trek basikal yang diwakili oleh Shah Firdaus Shahrom dan Datuk Azizulhasni Awang pada ketika itu.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila dia sempat meluahkan rasa resah sebab sambal yang dibekalkan isterinya itu sudah habis. Perkara itu membuatkannya rasa gelisah kerana tidak tahu nak makan apa selepas itu.
"Tu memang masalah besar, tekak Malaysia macam mana nak makan Jepun hari-hari" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan luahan hati wartawan itu. Malah, ramai yang meluahkan rasa runsing kerana ingin menonton kedua-dua perlawanan trek basikal dan terjun kerana jatuh pada masa yang sama.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 276K tontonan, 28K tanda suka dan 160 komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: