x

seismik

[VIDEO] "Cik Ti Training" - Semangat Nak Buat Sarapan, Sekali Terjumpa Tikus Dalam Kuali

Training untuk Olimpik tu!

Cover image via @aiman_kingleadervitamilk (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Haiwan yang kotor seperti tikus pasti akan menimbulkan rasa geli bukan?

Tikus merupakan haiwan yang sering dijumpai di sampah sarap ataupun longkang. Ia sukar untuk dihalau kerana pergerakan mereka yang sangat pantas. Oleh itu, ramai yang menggunakan perangkap tikus di rumah. 

Tular sebuah video di TikTok baru-baru ini yang memaparkan dua ekor tikus yang terperangkap dalam kuali telah mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@aiman_kingleadervitamilk

olympic dah nak start... kau baru nak training.. cari tempat lain la klo nak training pun #fyp #vitamilk #tiktok #vitamilkviral

original sound - aiman_vitamilk k.leader - aiman owner of pusak pethouse

Owner semangat nak buat sarapan, sekali terjumpa Cik Ti dalam kuali

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang merakam suasana dapurnya dengan video yang berkapsyenkan "bila kau tengah semangat nak prepare breakfast, tiba-tiba".

Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia terjumpa dua ekor tikus sedang terperangkap dalam kuali rumahnya itu. Kelihatan tikus itu ingin melarikan diri tetapi gagal kerana kualinya yang berminyak menyebabkan ia sangat licin.

"Ratatouille tu bang, letak atas kepala kot tikus tu pandai masak, ada rezeki boleh buka restoran" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa geli dan terhibur. Malah, ada pula yang menyuruh pemuda itu membeli kuali baru.

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 2M tontonan, 155K tanda suka dan 9K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Geli tengok Cik Ti tu, agak-agak apa dia buat lepas tu? :'D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik