seismik

"Balik Tidur Luar" - Jumpa Polis Siap Minta Surat MITI, Rupa-Rupanya Suami Sendiri

Bercinta memang bercinta, undang-undang tetap undang-undang.

Cover image via @eyra980 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Profesion seorang polis mempunyai tanggungjawab yang besar kepada negara

Bukan saja perlu menjaga keamanan, malah keselamatan rakyat juga perlu turut dijaga. Dengan situasi pandemik ini, mereka juga perlu mengadakan sekatan jalan raya untuk mengawal pergerakan setiap orang bagi mengurangkan penularan wabak penyakit. 

Baru-baru ini, viral sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita terjumpa polis yang merupakan suaminya telah mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@eyra980

Reply to @zuzyloverzyirul di sblik mask tu.Dia tgh gelakkan kita tau.Dgn wife sndiri dia mmg x pndai nk tunjuk muka serious.acah2 katakan.

original sound - Eyra_Wan'z - Eyra_Wan'z

Jumpa polis garang, siap minta bukti surat MITI

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang memandu dalam kereta menuju ke satu destinasi.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia terjumpa seorang polis yang garang siap meminta bukti surat MITI daripadanya. Difahamkan polis berkenaan merupakan suaminya sendiri.

Akibat geram, wanita itu berkata "balik tidur luar", kata-kata itu akhirnya membuatkan suaminya terus menukar topik.


"Tidur luar terus senyap, lesen akak ni lagi kuat" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat suami isteri itu. Malah, ada juga yang menyakat mereka. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 3M tontonan, 251K tanda suka dan 3K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Habislah malam ni ada yang tidur luar, itulah siapa suruh garang sangat :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: