seismik

[VIDEO] Pemuda Ini Lakonkan Gelagat Kanak-Kanak Masa Gunting Rambut Bikin Netizen Dekah

Yang last tu sumpah boleh relate!

Cover image via @situkanggunting (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah menjadi kebiasaan bagi semua orang untuk menggunting rambut bagi menghilangkan rasa rimas di kepala

Selain menggunting rambut di rumah, ada juga kanak-kanak yang sering dibawa ke kedai gunting rambut oleh ibu bapa mereka. 

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan lelaki yang melakonkan gelagat kanak-kanak semasa gunting rambut telah mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@situkanggunting

Ada yg serupa mcm ni x??? Komen sikit boh #fyp #barbershop #barbermalaysia

Muda - Hujan

Tidak boleh duduk diam, lakonkan pelbagai ragam yang ramai boleh relate

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang merakam gelagat kanak-kanak apabila di kedai gunting rambut.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia melakonkan kesemua ragam kanak-kanak yang ramai dapat relate. Antaranya ialah gelagat seperti ingin memakai baju, tunduk apabila muka terkena dengan air, kesat muka menggunakan apron dan jentik rambut.

Lebih melucukan lagi adalah apabila dia melakonkan ragam kanak-kanak yang sering toleh kanan kiri kerana takut ditinggalkan ayah mereka. 

"Pastu duduk atas papan legend, biar tinggi sikit" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan lakonan lelaki itu. Malah, ramai yang boleh relate dengan gelagat yang dilakonkan. Tambahan lagi, ramai yang berkongsi pengalaman mereka semasa di kedai gunting rambut. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 430K tontonan, 61K tanda suka dan 1K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Relatable betul lah, lagi-lagi takut kena tinggal tu :'D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: