seismik

[VIDEO] “Nyanyi Ke Nangis?” - Challenge Nyanyi Lagu Lady Gaga Tapi Lain Pula Jadinya

Aduh macam kambing mengembek pun ada!

Cover image via @dannnbilaesokk (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aplikasi TikTok telah menjadi satu medium untuk pengguna menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing

Pelbagai challenge yang boleh kita lihat sebagai hiburan di laman TikTok. Antaranya ialah menyanyi, berlakon, lip sync, skill editing video dan macam-macam lagi.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila sekumpulan pemuda merakam challenge menyanyi lagu Lady Gaga yang bertajuk Bad Romance itu telah mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Salah seorang pemuda tidak dapat meneruskan nyanyiannya malah bunyi seakan-akan nangis

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pemuda sedang berada di dalam kereta untuk merakam sebuah challenge. 

Apa yang menarik perhatian adalah apabila mereka semua nyanyi dengan baik. Tetapi pemuda yang terakhir itu pula tidak boleh nyanyi sepatah pun. Dia tidak berputus asa dan tetap cuba untuk menyanyi tetapi lain pula jadinya. 

Nyanyian pemuda tersebut seperti orang yang sedang menangis. Malah, semua rakannya tidak tahan untuk gelak dan ketawakan dia. 

"Member tak boleh nak start pun" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan mereka. Malah, ramai yang mengaku mereka menonton video itu berulang kali. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 3.6M tontonan, 338K tanda suka dan 11K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kadang yang last mesti buat hal, aduhai pecah perut dibuatnya! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: