Lelaki Kelar Diri Sendiri Guna Serpihan Kaca, Tak Puas Hati Isteri Tegur Beli Jam Mahal
Aduh, kenapa sampai cederakan diri sendiri.
Dalam rumah tangga, ia adalah normal jika pasangan kita membuat kejutan dengan memberikan hadiah mahal
Sekali sekala apa salahnya jika kita menghadiahkan barangan mewah buat pasangan kan, mereka sepatutnya berasa seronok jika mendapat kejutan seperti itu.
Namun, lain pula yang jadi kepada lelaki ini apabila dia bertindak mengelar dirinya gara-gara ditegur isteri selepas memberikan jam tangan mewah.
Image via Siakap Keli News
Kelar tangan dan leher sehingga berlaku pendarahan yang banyak
Menurut sumber, kejadian berkenaan berlaku di Damansara apabila seorang lelaki ditegur membazir wang membeli hadiah seutas jam tangan mewah buat isterinya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam, pertengkaran berlaku di antara lelaki berkenaan dan isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu mengelar dirinya sendiri menggunakan kaca di kediaman mereka.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kemudian menerima maklumat mengenai seorang lelaki mengelar diri sendiri dengan kaca sehingga berlaku pendarahan yang banyak pada tangan dan lehernya.
Menurutnya, isteri menyatakan mangsa membelikan hadiah jam tangan dan isteri menegurnya agar tidak berbelanja lebih.
“Ini menyebabkan mangsa marah dan memecahkan balang kaca serta mengambil serpihan kaca sebelum kelar pergelangan tangan kiri dan leher,” katanya.
Mangsa dipercayai mempunyai masalah kesihatan dan serta pernah mengugut akan mencederakan dirinya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment