seismik

Terpaksa Mendarat Emergency, Wanita Ini Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Dalam Kapal Terbang

Untung baby tu dapat naik kapal terbang free seumur hidup!

Cover image via @promdi_lowk (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita tahu, wanita yang sudah sarat mengandung tidak digalakkan untuk menaiki kapal terbang

Ini adalah kerana risiko mereka bersalin di dalam kapal terbang boleh terjadi atas beberapa faktor yang tidak dijangka.

Namun, itulah yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila kapal terbang terpaksa mendarat secara emergency gara-gara dia ingin melahirkan anak telah mencuri tumpuan.

Lihat video itu di bawah:

Pilot terpaksa buat emergency landing, tak sempat turun dah bersalin dalam flight

Menerusi perkongsian rakaman berdurasi 13 saat daripada @promdi_lowk, kelihatan lelaki itu sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk menuju ke destinasinya. 

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila kapal terbang itu tiba-tiba mendarat di sebuah lapangan terbang gara-gara seorang wanita ingin bersalin.

Lebih menarik perhatian, wanita itu akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang disambut oleh doktor bertugas. Kelihatan para penumpang yang lain turut menepuk tangan tanda syukur semuanya selamat.

"Wah rezeki, terus dapat package tiket free seumur hidup" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 673.6K tontonan, 24.2K tanda suka serta 1.7K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut memberikan pendapat masing-masing mengenai insiden itu. Ada juga yang bertanya bagaimana wanita itu boleh lepas naik kapal terbang walaupun sudah sarat.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Nasib baiklah doktor tu sempat datang dan sambut bayi, bahaya juga kalau tak ada orang standby :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: