seismik

Usik Pakwe Suruh Puji Cantik Depan Orang Ramai, Reaksi Lelaki Ini Undang Tawa Warganet

Pasrah je pakwe dia melayan.

Cover image via @rosesscomel_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lumrah sebagai wanita, mereka sangat suka apabila dipuji oleh teman lelaki atau suami

Iyalah, setakat dipuji cantik, bergaya, comel dan sebagainya bukan susah pun. Kadangkala, mereka ini tidak mengharapkan barangan mahal pun untuk tersenyum gembira. Cukup sekadar pujian saja sudah memadai.

Namun, lain pula dengan situasi yang dihadapi oleh seorang lelaki ini apabila dia diusik oleh teman wanitanya semasa sedang makan di kedai telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Makwe saja pancing suruh pandang perempuan lain, sekali termasuk 'perangkap'

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rosesscomel_, kelihatan dia dan teman lelakinya sedang menikmati makan malam di sebuah kedai.

Apa yang mencuit hati adalah apabila dia mula mengusik teman lelaki supaya memandang perempuan lain. Lelaki itu pula dengan pantas menoleh ke arah perempuan cantik yang disebut oleh teman wanitanya itu.

"Oh tengok la? Sayang cakap cantik tengok la? Tapi tengok kan? Tapi tengok jugak kan? Sayang cantik ke tak? Tak dengar," soal wanita itu bertubi-tubi.

Lebih menghiburkan lagi, lelaki itu yang pada mulanya dilihat sabar melayan perangai teman wanitanya mula naik angin dan menjerit "cantik bodoh!" selepas dipaksa berkali-kali. Perkara itu membuatkan wanita tersebut ketawa terbahak-bahak.

Kesian pakwe dia pasrah je selalu kena buli ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: