Bebel Pasal Couple Bermesra Di Pasar, Tapi Slang Melayu Pemuda India Ini Pula Curi Tumpuan
Kalau tutup mata mesti ingat orang Melayu yang cakap.
Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda di negara kita sejak dulu lagi
Kaum India dan Cina juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua utama dalam kehidupan seharian mereka.
Pun begitu, mereka mempunyai cara dan slang sedikit lain apabila bertutur Bahasa Melayu. Senang cerita, setiap kaum ada slang mereka tersendiri yang menjadikan kita mudah untuk mengenali mereka.
Namun, lain pula dengan seorang pemuda India ini yang fasih berbahasa Melayu membuat videonya membebel di dalam kereta telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Bebel sampai keluar perkataan "Ya Allah", ramai kagum dengar slang Melayu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @muniswaranharirama, kelihatan pemuda India yang dikenali sebagai Tambi Mamat Insurance AIA itu meluahkan perasaannya semasa pergi ke pasar.
Menurutnya, dia rasa kecewa dan sedih apabila melihat sepasang suami isteri bermesra-mesraan di depannya semasa membeli ikan.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia bertutur dalam Bahasa Melayu dengan sangat fasih sehingga ada yang ingat dia orang Melayu. Malah, dia siap menyebut "Ya Allah" seperti sudah terbiasa borak seperti itu.
"Dia sebut Ya Allah dengan jelas membuatkan aku scroll most of his video to confirm, haha" - Netizen
Ikutan tularnya video itu yang kini telah mencecah 504.5K views, 34.8K likes dan 2.4K comments di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut mendengar slang Bahasa Melayu pemuda tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: