Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lelaki Kembara Dunia Dengan Kereta Sendiri, Tak Sangka Jumpa Pusat Servis Perodua Di Nepal

Sampai ke Nepal ada pusat servis Perodua ya.

Cover image via Fauwaz Zamzam (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak suka mengembara ke negara lain bukan?

Selain dapat melihat kepelbagaian kaum, kita juga dapat melihat keindahan di setiap negara yang kita melawat.

Ia juga memberi pengalaman ketika berada di negara orang. Kebiasaannya, jika ke negara jauh kita akan menaiki kapal terbang kerana ia lebih cepat.

Namun, berbeza pula dengan lelaki ini yang lebih memilih untuk mengembara dengan kereta sendiri sehingga terjumpa sesuatu yang tidak dijangka.

Image via Fauwaz Zamzam (Facebook)

Tak sangka jumpa pusat servis Perodua, siap servis kereta dulu sebelum bertolak

Menerusi perkongsian oleh Fauwaz Zamzam, dia terkejut selepas menemui pusat servis Perodua ketika dia berada di Kathmandu, Nepal.

Dia mula tular selepas memulakan perjalanan luar biasa iaitu dengan memandu Proton Wiranya sejauh 12,000 kilometer untuk sampai ke Tibet.

Difahamkan, pusat servis berkenaan bukan sahaja menyediakan penyelenggaraan untuk model Perodua, malah turut menawarkan perkhidmatan untuk jenama lain termasuk Toyota.

Pusat servis tersebut turut mempamerkan sijil yang mengesahkan akreditasinya sebagai pusat servis rasmi Perodua, yang menekankan standard profesionalnya.

Fauwaz memberitahu dalam posting bahawa dia bercadang untuk pulang ke Malaysia untuk sambutan Aidilfitri dan kemudian kembali ke Nepal.

Lihat posting itu di bawah:

Ingat dekat Malaysia je pusat servis Perodua, rupa-rupanya sampai ke luar negara ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment