seismik

"Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau" - Perkongsian Lelaki Jaga Ibu Buat Sentuh Hati Ramai

Itulah syurga dia dunia dan akhirat.

Cover image via @kool101my (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu bapa adalah insan yang paling bermakna dalam hidup kita, tanpa mereka tidaklah kita berjaya seperti sekarang

Pengorbanan mereka memang tiada tandingannya. Namun, seiring dengan usia, mereka semakin lama semakin tua. Anak-anak pula sudah berkahwin dan sibuk menguruskan kerjaya sendiri.

Iyalah, ibu bapa pasti mahu lihat kita berjaya dan menjadi orang berguna. Sebagai anak, pastinya berat untuk kita meninggalkan ibu bapa kita yang jauh berada di kampung. Sebab itu ada yang sanggup berhenti kerja demi menjaga ibu bapa mereka.

Perkara yang sama turut dikongsikan oleh seorang lelaki ini yang menceritakan kisahnya telah menyentuh hati ramai.

Ambil keputusan berhenti kerja selepas keadaan ibu merosot

Menerusi video tersebut, kelihatan Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil sedang mengendalikan segmen di radio Kool101 bersama dengan penyampai yang lain.

Mereka telah menerima satu panggilan daripada seorang lelaki yang kemudiannya berkongsi kisah sedihnya.

Difahamkan, pemanggil berkenaan yang bernama Azaly menceritakan dia kini menggalas tanggungjawab menjaga ibunya yang sakit selepas kematian bapanya. Dia juga masih bujang dan tidak mempunyai keluarga sendiri lagi.

Dia pada masa itu masih mempunyai pekerjaan, namun oleh kerana keadaan ibunya, dia telah menghantar surat resign tetapi majikannya menasihatkan agar dia mengambil cuti tanpa gaji terlebih dahulu.

Tetapi, selepas sekian lama keadaan ibunya bertambah makin teruk dan dia nekad untuk kali ini betul-betul berhenti kerja.

“Mak tak boleh berjalan ataupun bertatih pun. Malangnya mak masih lagi tak boleh terima dia punya keadaan macam tu dengan abah macam tu. Jadi saya hantar lagi surat resign sebab saya taknak company saya bermasalah kerana saya.

“Bos bagi lagi 3 bulan sebab saya dah 14 tahun dah kerja kat situ. Saya mesej dekat bos saya bos saya datang dengan dia punya P.A. dia bagi pampasan dekat saya," katanya.

Apa yang menambah sebak ramai adalah apabila Pak Nil menganggap ia adalah ganjaran yang sangat besar buat Azaly.

"Saya fikir beginilah, kenapa Allah tak kahwinkan kau sebab Allah nak bagi syurga," kata Pak Nil.

Lihat video penuh itu di bawah:

@kool101my “Mak tak boleh berjalan ataupun bertatih pun. Malangnya mak masih lagi tak boleh terima dia punya keadaan macam tu dengan abah macam tu. Jadi saya hantar lagi surat resign sebab saya taknak company saya bermasalah kerana saya.” “Bos bagi lagi 3 bulan sebab saya dah 14 tahun dah kerja kat situ. Saya mesej dekat bos saya bos saya datang dengan dia punya P.A. dia bagi pampasan dekat saya.” - Azaly Bagus nya majikan macam ni kan. Sangat memahami. Respect sangat! Apa-apa pun semoga semuanya dipermudahkan untuk Azaly. Catch up Pagi On Point + Datuk Aznil di aplikasi Audio+ sekarang atau klik sahaja link di bio okay! #Kool101 #SemasaDanSosial #PakNildiKool101 #PagiOnPointExtended #PagiOnPoint #Kool101 original sound - Kool 101

Besar ganjaran menjaga ibu bapa ni :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: