Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lelaki Kongsi Detik Cemas Terkandas Di Labuan Bajo, Terpaksa Naik Bot Untuk Balik Malaysia

Hati-hati korang yang travel ke Indonesia sekarang.

Cover image via @hafizidrus (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Percutian yang sepatutnya menyeronokkan bertukar menjadi detik cemas apabila sekumpulan rakyat Malaysia terkandas di daerah Labuan Bajo, Indonesia akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur baru-baru ini

Salah seorang mangsa yang terkandas merupakan Ketua Bahagian Sosial Media Rangkaian Melayu di Rev Media Group, iaitu Hafizi Idrus dan rakan-rakannya.

Hasil temu bual bersamanya, Hafizi memberitahu dia bersama rakan-rakan yang terdiri daripada 10 dewasa dan tiga kanak-kanak tiba di Labuan Bajo pada 5 November dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada Sabtu lalu, 9 November.

Image via @hafizidrus (Instagram)

Image via @hafizidrus (Instagram)

"Masa tengah naik cruise pada hari Khamis, suddenly kitorang punya tour guide cakap gunung berapi dekat kampung dia meletus. Kitorang mula-mula tak expect apa-apa sebab jauh dari sini. Dalam 400 kilometer dari tempat kitorang.

"Malam 8 November tu, tiba-tiba flight delay dua kali. Kitorang dah mula rasa pelik, lepas tu dapat e-mel Air Asia kata flight cancel. Kitorang cuak lah, buat research dapat tahu Gunung Lewotobi meletus.

"Dia punya volcanic ash terlalu tebal sampai flight tak boleh masuk sebab bahaya. Kitorang cari tarikh reschedule flight dan dapat tarikh 12 November. Tapi malam sebelum tu Air Asia e-mel lagi kata flight cancel sebab gunung tu meletus kali kedua sampai keluar lava.

"Mana yang datang tiga hari lepas kitorang sampai sini pun terkandas juga. Jadi masing-masing berebut flight sampai sesak kat sini.

"Kitorang pun tak pasti dapat keluar dari sini pada 16 November ke tak sebab volcano tu masih aktif dan boleh ambil masa sampai sebulan,"
katanya.

Warga tempatan saran naik feri ke Surabaya yang akan mengambil masa kurang lebih 33 jam

"Orang lokal sini kata better naik feri sama ada ke Denpasar, Bali, Lombok atau pun Surabaya yang akan mengambil masa 31 ke 33 jam dan baru beli tiket flight direct ke KL. Kalau tunggu kat sini rasanya tak ada harapan lah.

"Kos kitorang terkandas dekat sini daripada 9 November hampir cecah RM1,000 jugaklah sebab hotel makin mahal. Untuk yang keluarga pula lebih daripada tu sebab nak booking hotel untuk anak sekali. Lebih kurang RM10,000 untuk dua family.

"Kitorang dah hubungi kedutaan tapi tak dapat tapi hanya dapat e-mel template yang sama. Agak kecewa lah. Tiket naik bot pula berharga RM131 daripada Labuan Bajo ke Surabaya.

"Bila jadi macam ni terus rasa anxiety dan risau sebab ada yang tak bawa isteri, fikir kerja dan sebagainya. Tak expect benda ni berlarutan sampai macam ni," katanya lagi.

Image via @hafizidrus (Instagram)

Image via @hafizidrus (Instagram)

Image via @hafizidrus (Instagram)

Sempat titip pesan buat mereka yang ingin melancong ke negara yang mempunyai kebarangkalian berlakunya bencana alam

"So korang yang nak datang dekat negara yang ada bencana alam ni, make sure korang ambil insurans basic daripada Air Asia ataupun ambil terus insurans yang boleh cover bencana alam. 

"Sebab diaorang tak tanggung hotel, makan dan minum. Better korang ambil insurans lah kalau nak pergi negara yang ada bencana alam ni. Kalau tak, habislah," katanya.

Kami di sini mendoakan agar Hafizi, rakan-rakan dan semua rakyat Malaysia yang terkandas di Labuan Bajo selamat pulang ke tanah air.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment