Lelaki Lamar Kekasih Ketika Konsert Coldplay Nyanyi Lagu 'Yellow' Raih Perhatian Ramai
Wah, romantik betul ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular video di media sosial, seorang lelaki di Malaysia raih perhatian warganet selepas momen melamar kekasih hati saat menyaksikan konsert Coldplay yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam
Ini mungkin antara perkara manis yang tak dapat dilupakan sehingga hari tua bagi pasangan itu.
Lamaran tersebut dilakukan ketika lelaki itu melutut di hadapan teman wanitanya dan mengeluarkan cincin daripada kotaknya dan menyuakan kepada wanita itu. Sambil tersenyum malu, wanita berkenaan mengangguk tanda dia menerima lamaran tersebut lalu mereka berpelukan.
Orang ramai bersorak kegembiraan dan memberi reaksi positif tanda mereka sokong beserta lampu LED yang bercahaya di konsert tersebut turut memeriahkan lagi suasana berkenaan.
Image via Kosmo
Lihat video di bawah:
Tahniah, semoga sampai ke jenjang pelamin ya ;)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment