Lelaki Melekat Atas Cermin Kereta Macam Spiderman, Tak Sempat Elak Masa Pemandu Cabut Lari
Tak tahu apa punca kes ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap tempat sudah tentu mempunyai sistem parkirnya yang tersendiri
Ada yang menggunakan sistem mesin, ada juga lokasi yang masih menggunakan cara manual iaitu pekerja yang akan menguruskan parkir kereta.
Baru-baru ini tular sebuah video di laman X yang memaparkan pemandu dipaksa buka pintu oleh penjaga parkir di Denpasar, Indonesia telah mencuri tumpuan.
Pada awalnya, pemandu dan penjaga parkir yang dikenali sebagai organisasi Dishub itu seperti sedang berbalah. Penjaga parkir itu memaksa pemandu untuk membuka pintu, dan pemandu itu dilihat enggan membuka pintu tanpa diketahui atas apa alasannya.
Kemudian, pemandu dipaksa meletakkan kenderaan ke tepi jalan untuk memudahkan lalu lintas. Teptapi apa yang mengejutkan adalah apabila pemandu itu telah cabut lari dan tidak menghiraukan penjaga-penjaga parkir tersebut.
Malah, apa yang lebih melucukan adalah salah seorang penjaga parkir tersebut kelihatan berada di bahagian depan kereta itu kerana tidak sempat mengelak apabila pemandu berkenaan memecut melarikan diri ke jalan raya.
Wajahnya kelihatan risau kerana pemandu tersebut kelihatan membawa kenderaannya dalam keadaan yang berbahaya. Lucu tapi menakutkan dalam masa yang sama!
Image via @jllmisai (X)
"Dishub ni bukan JPJ atau polis, lebih kepada penjaga parkir anyg berdftar. Salah satu kerja dia ialah tarik kereta kat illegal parking. Tapi dalam video ni gaya macam JPJ dah. Memang kena sorong lah smpai ke jalan" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 864.9K views, 1.5K reposts dan 3K likes di laman X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan komen netizen di X:
Image via @jllmisai (X)
Image via @jllmisai (X)
Image via @jllmisai (X)
Image via @jllmisai (X)
Lihat video penuh itu di bawah:
Merasa lah naik roller coaster kejap! :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment